Tuesday, October 28, 2014

Tapi 2.0

Nak bini:

Kulit putih pipi gebu,
Mata kelabu ayu gitu,
Rambut ikal mayang au naturale
Panjang sampai lutut, harum, tebal.

Badan harus slim
Buah dada C Cup baik punya stim,
Punggung bulat montel
Betis lembut tanpa bulu, kaki versi comel,
Peha takleh bercium nanti susah nak gentel.

Pantat kena licin macam kepala upin ipin,
Nak innie bukan outtie,
Ini bukannya fantasi hening dinihari,
Engkau bini aku suami,
So dengar cakap aku okay?

Nak bini:

Macam mesin dalam kamar tidur,
Ada punat 'on' dan okay je main jubur,
Mulut tak lesu, rahim berkuasa nuklear,
Tak pernah penat tak pernah kata,
Baby, abam, sayang please I'm tired.

Yang mahu hanyalah kata-kata manis,
Disaluti erangan, rengekan berdesis,
Sex drive bini wajib bak enjin V12,
Mengiau through space and time baq ang,
Tapi...

Tapi ini penting,
Pabila keluar dari rumah,
Diharap perangai dijaga,
Usah merengek usah bertanya,
Pandangan ke lantai,
Kalau tidak kena bantai,
Jalan belakang suami,
Haram toleh ke sisi,
Pegang tangan andai perlu sahaja,
Toksah manja-manja ya dinda,
Malu kanda.

Enjin V12 tadi?
Oh lupa, sila downgrade jadi basikal.

Nak bini:

Otak geliga kalah bidadari,
Straight A1 sudah pasti,
Ketua kelas, pengawas,
Tapi barang aku jangan rampas,
Anugerah 15 almari,
Umur 17 masuk Uni,
Scholarship kiri kanan tanpa diminta,
Tapi jap, belajar kat mana?

Dalam negara? Sorryla kalau bukan oversea saya tak layan.

Nak bini:

Ready kahwin umur 21,
Mengandung 21.5 beranak 22.
Nak anak 6 tapi badan kekal anak dara,
Didik dengan cara tradisional,
Tapi mentaliti wajib moden,
Tapi janganlah moden sangat,
Budaya barat, sayang.

Anak nangisla, laparla, lampinla,
Eh lancaula, kau buat apa?
Tak tahu jaga anak ke?
Aku suami, balik kerja penat. you tak paham.
Kenapa you dah tak macam dulu lagi?
Ish, longgar la, tak sedap.

Nak bini macamni,
Tapi tengok muka sendiri,
Cermin pecah, dinding retak,
Biawak pasir tengok,
Tergelak pecah perut.

Nak bini macamni,
Tapi perangai macam beruk,
Cangkung belakang reban hisap syabu,
Bodoh sombong, kaki komplen:
Minah ni semua jual mahal.

Nak bini macamni,
Tapi pergi sekolah jual porno,
Buku buat alas kaki, bro
Pukul cikgu yang try tolong, bro
Tapi semuanya A-OK,
Pasal dengar cerita dulu Einstein pun bodoh.

Nak bini macamni,
Tapi kerja 7-E syif malam,
Atau office boy lengkap dengan.
kaca mata hitam tiruan Ravi Ban,
Pusher dadah malam hari di Chow Kit,
Ditemani ladyboy
dan bomoh Lorong Haji Taib.

Tapi,
Nak jugak.