Friday, January 31, 2014

Tapi.





Nak bini mata merah, kulit putih, pipi gebu, bibir merah jambu, rambut ikal mayang; panjang hingga ke lutut. Badan kena slim, buah dada harus C-cup dan dalam keadaan yang 'firm', punggung bulat montel, peha tak boleh bercium, betis licin, kaki versi comel. Pantat kena licin, innie bukan outie, ini bukannya fantasy yang bukan-bukan, engkau bini, aku suami so dengar cakap aku okay?

Nak bini yang macam mesin dalam kamar tidur, atas katil, ada punat 'On', sentiasa berfungsi, menggunakan kuasa nuklear, tak pernah penat dan tak pernah kata 'no, please, I'm tired'. Yang mahu hanyalah ayat-ayat manis, dihiasi bunga mawar merah menyala, disaluti dadah; apabila didengar terasa bak jannatul-firdaus di muka bumi. Mahu bini punya 'sex drive' seperti enjin V12, mengiau through space and time tapi... Tapi, ini yang penting, pabila keluar dari halaman rumah, diharap perangai dijaga, jangan merengek, jengan bertanya, pandangan ke lantai, jangan bercakap melainkan ditanya, jalan belakang suami, pegang tangan hanya jika perlu, enjin V12 tadi sila downgrade jadi basikal.

Nak bini top student, otak geliga, sepandai bidadari. Straight A1 itu sudah pasti, sekolah dari zaman tadika sampailah universiti mesti sekolah TERBAIK alam. Ketua kelas, pengawas, koku kalau tak 3-4 kelab sekali memang tak sah. Anugerah-anugerah kena ada lima belas kabinet, scholarship dalam tangan walaupun tak apply, eh jap. Pergi universiti mana tadi? Dalam Malaysia? Er sorilah, Kalau tak overseas, saya tak layan.

Nak bini yang dah ready kahwin umur 21, mengandung umur 21.5 dan beranak umur 22. Nak anak 5-6 tapi badan bini kena maintain macam anak dara rupawan. Jaga anak kena dengan cara penuh tradisional tapi mindset anak kena moden, tapi tak boleh moden sangat, budaya barat la pulak bro. Anak nangis, lapar, lampin, lanjiao, kau buat apa? Please la jaga anak betul-betul. Aku suami, balik kerja penat so memang takleh buat apa, hihi.

Nak bini macam yang tertera di atas, tak boleh kurang, tapi muka sendiri boleh buat kaum biawak pasir dan papan-papan jamban sekalian gelak pecah perut.

Nak bini macam tu tapi perangai macam beruk hisap syabu, bodoh sombong lagi baghal.

Nak bini macam tu tapi pergi sekolah jual porno, buku bertimbun buat alas kaki, pukul cikgu yang cuba bagi teguran, semuanya A-OK pasal dengar kata Einstein pun bodoh time sekolah.

Nak bini camtu tapi kerja 7-11 shif malam, kerja office boy pakai kaca mata hitam tiruan Ray Bon, kerja pusher ganja dekat Chow Kit bersama ladyboy dan black mage Lorong Haji Taib.

Nak bini macam tu tapi mengikut ajaran sesat yang menyatakan bahawasanya, kerja itu terlalu mainstream dan memenatkan jadi lebih afdal jika menggunakan tenaga untuk merempit.

Tapi nak jugak.

4 comments:

Hanis. said...

I read this as if its slam poetry. Try it. You gotta admit. It works. Ish.

Zufar Ismail Zeid said...

Haha I did have that in mind but got too lazy when it comes to rhyming and coiffing the words.

Hanis. said...

Haha. Rhyming. Everytime I try to go for that, I think I end up writing a piece of useless shit.

Zufar Ismail Zeid said...

I'm not good at motivating but apparently, practice does wonders. What do those people know, eh?